ANDA BERADA DI BLOG DUNIABUDIN YANG GEMILANG & TERBANG...

May 21, 2008

DI MANA KITA...?


Dalam masa orang bercakap tentang kemajuan teknologi - kita bercakap tentang apa..? Dalam masa orang bercakap tentang kemajuan ekonomi - kita bercakap tentang apa..? Dalam masa orang mengajak kaumnya beranjak mengikut peredaran global - kita leka dengan isu remeh-temeh yang entah apa-apa. Isu tanah sekangkang kera yang hendak dijual kepada taukeh Cina.

Muka kita calar balar kerana kita tidak tahu hendak meletakkan muka kita di tempat sepatutnya. Sama dengan ketuanan kita yang tidak habis-habis dicabar.... tapi apa tindakan kita..? Kita hanya sanggup menggeleng. Kita hanya sanggup mendengus, dan hanya sanggup menghunus keris yang kemudiannya disarungkan semula... Kerana apa...? Apakah kita dari spesis bacul...?

Aku bukan mencari wang berjuta... Yang aku cari wang berbilion-bilion.... Biar bangsa musnah. Biar Melayu punah. Biar aku dikatakan lemah, tidak bertenaga, atau apa saja.... Aku pentingkan kekayaan dunia, selama masih berkuasa... Aku menjual maruah bangsa, aku mencemar kesucian agama..

Dengarlah saudara - Aku benci pada politik hari ini. Benci yang teramat benci..... Sebab aku tidak dapat melihat dengan jelas.... Di mana kita....? Ke mana arah tuju kita..? Dan akhirnya siapa kita...?

Apr 20, 2008

PARADIGMA ORANG PENCEN


Tiada yang lebih bermakna bagi seseorang selain daripada ketenangan jiwa. Ini sering menjadi dogma dan stigma masyarakat separuh abad yang sedang meniti usia menjelang pencen. Saya ada beberapa kawan yang hampir menjangkau usia 56, usia pencen kakitangan kerajaan Malaysia.

Oleh itu saya ada macam-macam cerita menarik dan lucu berkaitan fe'el mereka yang sedang meniti usia menjelang pencen itu. Ikuti sebahagian kisah mereka.

Cerita Satu: Seorang kawan berkata dia tak sabar-sabar nak lakukan satu tugas yang selama ini menjadi idamannya. Tugas yang begitu mulia tetapi tidak dapat dilakukan kerana kesebokan kerja.

Impian kawan ini tidaklah sampai ke langit macam ayah pin dan Dr. Mudzaffar tu. Tidak juga sampai ke perut bumi. Bukan melawat kutub utara atau panjat gunung Everest. Atau berenang merentasi Lautan Atlantik atau Pasifik. Tidak juga untuk jadi jutawan. Impian insan kerdil macam dia tidaklah tinggi sangat.

Katanya, dia hanya ingin jadi Tok Siak mesjid tua di kampung dia.

Saya hampir ketawa mendengar impian seorang rakan yang saya anggap paling akrab dengan saya itu. Tetapi saya tak jadi ketawa selepas dengar penjelasan dia.

''Aku sedih kerana bekalan air selalu terputus di kampung aku. Bila hari Jumaat, jemaah terpaksa ambil wuduk kat perigi lama. Kolah kosong. Bila aku jadi Tok Siak, bolehlah aku isikan air kolah sebelum jemaah tiba untuk solat Jumaat''.

Mulianya hati kawan aku niiii.


Cerita Dua :
Cerita kali ini agak mengarut sikit. Kawan yang ini memang kaki mengarut. Dia pegawai di tempat aku kerja. Tinggi jugak jawatan dia tetapi dah nak pencen hujung tahun ini.

Semasa pekena kopi jantan pada suatu malam, aku nampak dia macam orang gelisah. Aku renung dia atas bawah.

''Apa pasal gelisah ni..?'' aku tanya.

Diapun bercerita. Dia marah kerajaan nak lanjutkan usia pencen dari 56 kepada 60 tahun.

''Eh baguslah tu. Engkau boleh kerja empat tahun lagi...''

Dia marah. Katanya, dia dah bercadang nak kawin Delailah, anak dara kat pejabat dia, bila dapat royalti dan duit EPF nanti.

Kah kah kah... Aku ketawa. Tak sangka kawan aku ni tergolong dalam kategori miang keladi.

''Siol... Aku ingat engkau bercita-cita nak pi Mekah bila pencen nanti. Boleh beramal lama-lama di sana sebab ada banyak masa lapang....''

Dia diam. Dia terpikirkan satu kawan yang tak ubah perangai selepas balik dari Mekah. Bila di tanya, kawan tu berkata, '' Sapa kata aku tak ubah perangai. Aku sekarang dah tambah ibadat. Sembahyang tak tinggal, puasa sunat tak tinggal.''

''Tapi tiap bulan aku tengok hang dok pi Haadnyai jugak, macam dulu-dulu''.

''Oh... Aku ikut nasihat atok kepada tok wan aku... Balik Mekah ibadat mesti tambah, maksiat kena maintain...''

''Cissss... Tak guna punya nasihat...'' Hahaha...

Tapi tiga hari kemudian saya tengok kawan saya tu kembali ceria. Selepas dengar pengumuman keputusan kerajaan anjak usia pencen belum dibincangkan.

Cerita Tiga: Cerita yang ni ada kaitan dengan sukan yang menjadi kegemaran golongan banyak duit, golf. Orang kampung aku kata itu permainan Golongan Orang Lemah Fikiran....

Seorang kawan yang nak pencen berkata, dia akan main golf hari-hari selepas pencen nanti. Macam nak lepas gianlah pulak. Katanya, masa berkerja dia tak dapat main golf selalu.

Saya tanya dia, apa seronoknye main golf. Pukul bola jauh-jauh, lepas tu berjalan pi kat bola tu. Dah sampai, pukul lagi, cari lubang.

Dia kata, bab cari lubang tu lah yang seronok. Di situlah thrill nya main golf. Kena aim betul- betul. Kalau tak, bola tak masuk lubang....

Tetapi sekarang ni golongan yang suka main golf ada thrill lain untuk main golf hari-hari. Kebanyakan golfcourse sediakan KD mengancam. KD dulu-dulu lelaki dan kurang layanan, tapi sekarang KD pompuan. Cantik, bergetah, peramah dan lebih layanan.

Akan halnya si KD-KD ni pulak, sangat manja dengan orang yang sewa mereka. Lagi manja, lagi banyak dapat tip. KD tak perlu pikul bakul kayu golf kalau tak larat, sebaliknya orang yang sewa KD boleh pikul KD.

Sebab tu dulu-dulu orang main golf ada 18 lubang tetapi sekarang ditambah satu lagi kepada 19 lubang.

Ingatan untuk para isteri. Awasilah suami anda kalau lebih kerap pergi main golf sekarang ni. Hahaha.....

Sebenarnya ada banyak lagi cerita orang nak pencen ni. Tapi saya tak cukup masa nak ceritakan semuanya.... Wassalam...


Apr 17, 2008

ANJAKAN PARAPARA


Sedih sangat ke...?

Mana tak sedih; tokeh ayam minta naik harga, harga ayam naik. Tokeh tepung minta harga naik, harga tepung naik. Tokeh beras minta harga naik, harga beras naik. Tokeh babi mintak harga naik, harga babi naik. PLUS minta naik TOL, TOL naik. Tokeh eletrik mintak harga naik, harga eletrik naik. Semua naik.

Tapi bila rakyat minta gaji naik, depa tak layan.

Eh... cerita politk ke tu...? Tak mau... Tak mau... Nak lupakan cerita politk.

Pasal apa nak lupakan cerita politik...?

Sebab masa pilihanraya dulu aku tak pangkah dia.

Habis sapa yang pangkah.

Sedara mara dialah. Menantu dia, bisan dia, dan yang lain-lain yang ada kaitan dengan dia.

Oh patut la dia cuma layan permintaan orang-orang tu saja.

La... cerita politik lagi. Tak mau.... tak mau... Aku sebenarnya nak cerita pasal impian orang nak pencen, orang yang dua tiga bulan lagi nak pencen. Cerita pasal kawan aku.

Cerita orang nak pencen ni lebih seronok dari cerita orang yang lambat lagi pencen....

Tunggu N3 akan datang......Wassalam

Apr 13, 2008

CATATAN PERJALANANKU



Semua orang pernah buat salah. Hari-hari ada saja kesalahan yang dilakukan, samada secara sedar, kurang sedar, atau di bawah sedar.

Baiklah.... goodbye cerita politik. Saya nak kembali ke alam nyata, alam yang tidak ada kaitan dengan dongeng politik. Saya nak mula dari pangkal jalan, iaitu perjalanan dari rumah ke pejabat dan Econsave.

Hari ini Ahad 13 April 2008. Rasanya tarikh yang saya tulis tu betul dan tidak silap.

Keluar rumah tadi pukul 9.30 dengan jangkaan sampai opis lima minit sebelum pukul 10.00. Perjalanan ke opis melintasi Econsave, tempat paling strategik aku dating dengan UJ. Tak jauh dari Econsave aku nampak kereta berbaris panjang, tak macam hari Ahad biasa.

Biasanya memandu pada hari Ahad aku jarang melintas, memotong atau dipotong. Sebab tak banyak kereta di jalan raya.

``Mesti ada accident....'' fikir aku.

Kereta terus bergerak tetapi perlahan. Macam semut, kata orang dulu-dulu.

Sampai di tempat yang paling ramai orang berkerumun, aku lihat seorang lelaki India berbogel sedang melakukan aksi lucah dengan tangannya.

``Sialan....'' aku menyumpah dalam hati tapi terkeluar sedikit suara tanpa sengaja.

Aku bukan marahkan lelaki India tu. Tak guna marah orang gila. Tetapi aku marahkan pemandu-pemandu yang memperlahankan kereta, sampai ada yang berhenti, hanya untuk melihat aksi lelaki gila tu.

Lebih melecehkan, ramai yang berhenti tu pompuan China. Melihatkan ramai penontonnya orang pompuan, lelaki India tu meningkatkan aksinya... Bukan hanya tangan, tetapi ditambah dengan keremot-keremot di muka... Manakala pompuan-pompuan tu pulak, menonton dengan lebih asyik. Ada yang terbeliak bijik mata, ada yang kuyu sampai tak boleh bukak mata.

Aku geleng kepala sambil meneruskan perjalanan. ``Orang gilapun boleh jadi selebriti...''

Tak lama lepas tu aku nampak seseorang menunggang motosikal. Dari kejauhan aku tak dapat pastikan jantinanya. Aku hanya dapat melihat kepalanya yang tidak bertopi keledar. Rambut panjang mengerbang ditiup angin...

``Pompuan sekarang berani-berani belaka... Kalau kena tahan polis, barulah nak merayu jangan saman dia....'' aku berfikir lagi. Dan abang-abang polispun cairlah imannya dengan senyuman menggoda pompuan-pompuan tu....

Memanglah cair iman kalau si pompuan merayu dengan suara manja sambil gosok tangan dan ajak tengok wayang filem Hindustan.

Semasa memotong penunggang motosikal tu, sempat jugak aku menjeling wajahnya. Nak tengok cantik ke tidak.

``Cisss... Jantan....''. Penat je aku mengutuk pompuan...

Sampai di opis, aku terlewat lima minit....

Moral cerita : No moral....

Apr 11, 2008

DUNIA DALAM AKHBAR....

Barangkali ada kekeliruan. N3 Akhbar seluruh dunia ni sekadar untuk rujukan saya semasa menyiapkan program RTM Dunia. Bagaimanapun, bagi sesiapa yang ingin tahu peristiwa yang berlaku di seluruh dunia, dipersilakan. Berita yang disiarkan dalam akhbar-akhbar seluruh dunia yang anda temui di sini adalah berita terbaru dan berlaku di hari yang sama anda membukanya. Baiklah, jika anda mahu membaca semua akhbar yang ada di planet dunia ni, klik akhbar seluruh dunia. Bacalah sampai muntah

Apr 10, 2008

BIARLAH.......










Sebenarnya aku bukannya tahu sangat macam mana rupa babi. Ada orang kata ekornya pendek, kaki pendek dan hidung pendek. Cuma badannya besor, gemuk gedempol. Aku tak tahu babi suka makan apa. Cuma yang aku tahu, ada orang suka makan babi. Hihiii


Dalam Islam, babi haram dimakan dan dipegang. Najis besar. Sama macam anjing, minuman keras dan berzina.

Tapi orang Melayu sebenarnya sukakan babi. Bila marah orang mereka akan sebut ``babi...'' Kalau orang beranak banyak, orang akan kata ``beranak macam babi...'' Sebab babi beranak berbelas ekor sekali mengandung. Entahlah. Aku cuma dengar cakap orang. Tak pernah tengok babi beranak.

Tapi, babi tak pernah sebut ``manusia...'' bila marah babi lain.

Setiap kali isu babi muncul, orang Melayu juga yang banyak bincang. Orang Melayu halang babi dipelihara di kawasan kampung Melayu. Memang wajarlah tu... Orang China yang makan babipun tak sanggup hidu bau kandang babi dekat kampung mereka, apa lagi orang melayu yang tak makan babi.

Tapi tak lama lagi babi mungkin akan masuk parlimen. Ahli politik akan bincang pasal babi di Selangor dalam parlimen. Sekarang ni baru bincang di peringkat tangga parlimen.

Kerajaan Selangor sekarang kata nak 'bersepadukan' kawasan pemeliharaan babi. Nak kumpul kandang babi di satu tempat bagi mengelak ia berselerak di seluruh Selangor. Nak perkenalkan teknologi moden memelihara babi supaya baunya tidak berhijrah ke kawasan sekitar, air kumbahannya akan diproses dijadikan gas. (Bagus juga buat gas pemedih mata untuk polis lontar pada orang ramai yang tunjuk perasaan...)

Projek berkenaan sudahpun dibincangkan sejak era kerajaan lama.

Tetapi sejauh mana tahap sensitiviti Melayu terhadap babi..? Adakah kerana ia babi, atau sekadar sebagai isu politik..? Sekarang ni, apa saja isu panas boleh dijadikan isu politik. Maklumlah, masing-masing nak tunjuk baik dan hebat.

Minuman keraspun haram bagi umat Islam. Tetapi kenapa tak ada yang menegur kilang beer yang terletak dekat Kelana Jaya...? Kalau nak diikut, bau beer di kilang Carlsberg, Anchor dan Stout di Kelana Jaya tu dah lama menyengat hidung orang Melayu yang tinggal di kawasan berdekatan. Sedap saja diorang tu mabuk free. Sama macam rumah pangsa untuk orang Melayu di keliling loji najis Indahwater di Pantai dalam tuuuu.

Dan kenapa masih ramai orang Melayu yang melanggah minuman haram tu..? Adakah kerana botol-botol beer ada tanda halal..?

Isu bayi baru lahir yang dihumban dalam tong sampah. Kenapa tak ada pembelaan. Kenapa tidak dibincang secara meluas. Bayi-bayi yang dibuang dalam tong sampah atau dalam belukar tu sudah sah bayi hasil perbuatan zina. Tidakkah zina juga haram bagi agama Islam...?

Pihak berkuasa zina patut bekerja lebih keras untuk halang perbuatan haram tu.

Kalau nak tunjuk alim, tunjuklah betul-betul. Bukan pasal isu babi saja... Bayangkan kalau tak ada pemelihara babi di Malaysia. Orang China tak boleh makan babi. Mereka beralih kepada ayam. Jawapnya, harga ayam akan lebih tinggi. orang Melayu terpaksa berebut ayam dengan orang China yang selama ini makan babi.

Motif cerita ini: Biarlah China makan babi. Dan Melayu makan ayam....

Apr 5, 2008

APA ADA PADA NAMA


Orang tua-tua kata, selagi kita asyik salahkan orang atas kesalahan yang kita buat, selagi itulah kita tidak akan belajar dari kesilapan.

Orang muda-muda pulak kata, apa ada pada nama, yang penting orang kenal kita. Sebab itulah sekarang ini orang yang dah dapat nama burukpun tetap tidak sedar diri namanya sudah buruk.

Banyak kali jugak saya buka blog malaysia kini sejak akhir-akhir ini dan mendapati sebahagian besar n3 ada kaitan dengan politik, khususnya UMNO. Ada dua isu paling menarik sekarang. Pertama isu Mahathir vs Pak Lah. Kedua dan tidak kurang hebatnya, isu perebutan ketua pemuda UMNO. Ini melibatkan tiga nama, Mukhris, Khir Toyo dan KJ (Malas nak sebut nama penuh dia).

Tetapi bagi saya, yang paling seronok adalah penerimaan Menteri Penerangan ke atas golongan bloggers. Golongan ini sebelum ini dianggap sebagai goblog dan berok. Tetapi hari ini bukan setakat masyarakat marhain sahaja yang berceloteh dalam blog, tetapi juga kalangan menteri, bekas menteri dan yang serumpun dengan mereka.

Apa ada pada nama. Kalangan berkenaan kini menganggap nama adalah penting dalam karier mereka sebagai menteri dan mantan menteri. Khir Toyo misalnya, dia mahu namanya terus disebut-sebut selepas gagal jadi menteri besar Selangor. Manakala kalangan wartawan sekarang tidak ada isu untuk menginterview dia lagi. Mahu tidak mahu, dia bukan blog, amalan yang sebelum ini dikuasai kalangan pembangkang. Kalau namanya jarang disebut lagi, sukarlah dia hadapi Mukhris dan KJ untuk rebut jawatan Ketua Pemuda.

Walaupun Khir Toyo masih Menteri Besar Selangor serta memegang lima exco lain dalam kabinet bayangan Negeri Selangor, tetapi jawatan itu tidak ada ertinya bagi wartawan. Bagaimanapun, penubuhan kabinet bayangan Selangor itu sesuatu yang baru, sekurang- kurangnya di negeri Selangor. Sebab, semasa BN menerajui Selangor dulu, tak pernah ada pembangkang tubuhkan kabinet bayangan seperti itu.

Apakah tindakan Khir Toyo menubuhkan kabinet bayangan negeri Selangor ni relevan dengan namanya. Sedangkan dia sudahpun meletakkan semua jawatan dalam parti termasuk Ketua Penerangan UMNO Selangor sejurus selepas kalah dalam pilihanraya lalu.

Tindakan itu sahaja sudah menampakkan dia kurang iman dan tak tahan dugaan. Maaf... jangan marah ya Pak menteri...

Tetapi bagi pandangan rakyat jelata dan jelita seperti saya, tindakan itu memperlihatkan betapa Khir Toyo kini gila talak. Dia telah ditalakkan oleh rakyat Selangor yang masih dicintainya.

Pesanan untuk Khir. Lain kali jangan suka bermain dengan penyapu. Tak kiralah penyapu buruk ke atau penyapu baru ke. Kerana badi penyapu ni boleh tahan jugak peritnya. Tapi tak pe khir, orang yang tak main dengan penyapupun banyak yang musnah.

Isu Mahathir dengan Pak Lah tidak kurang hebat untuk direnungkan. Tetapi bagi saya orang kerdil ni, hanya sekadar boleh renung sajalah. Tak pandai nak komen. Terutamanya, selepas menteri saya buat komen tentang Tun. Betullah tu....

Tabek hurmat pada semua. Wassalam.

Mar 29, 2008

SLEEPING BEAUTY VS SLEEPING MENTERI

Dah puas rasanya cerita pasal politik, kali ni Budin nak bawak satu cerita dongeng. Dulu kita pernah dengar cerita pasal Sleeping Beauty, tapi kali ni saya nak bawak cerita pasal Sleeping Menteri. Rasa-rasanya cerita ni tak kurang hebat berbanding Sleeping Beauty.

Norz, Lilyhaslina, Opah Dangdut dan ramai novelis-novelis kita mesti tahu cerita Sleeping Beauty ni, tapi tak ramai tahu pasal Sleeping Menteri.


Al Kisah di sebuah negeri yang bergelar Main Puteri berlaku kekecohan untuk memilih seorang memanda menteri di kalangan 23 orang Ketua Kampung yang baru dipilih oleh rakyat jelata dan jelita.

Suatu hari baginda sultan memerintah mengadap semua ketua-ketua kampung tu. Maka pada waktu yang ditetapkan berhimpunlah semua ketua kampung di balai rong seri istana. Yang capek datang bergolek, yang buta datang meraba, yang rongak datang mulut ternganga, yang pekak sebok memekak.

Malangnya, baginda sultan terpaksa menghadiri majlis yang lebih penting lalu dibatalkannya pertemuan dengan ketua kampung.


Lalu tok-tok ketua kampung itupun pulanglah ke markas masing-masing. Setiba di markas, ketua kampung dari sebuah kampung terpencil bernama Kampung Cok Kodok, terus tertidur. Dia tak sedar lain-lain ketua kampung mengadakan perhimpunan tidak resmi untuk memilih memanda tua meneruskan jawatan menteri di negeri Main Puteri.

Dalam pertemuan yang dipengerusikan tok penghulu itu semua 22 ketua kampung berkenaan menandatangani surat perisytiharan memberikan sokongan tidak berbelah bagi pada memanda tua. Maka gembira bukan kepalanglah memanda tua dengan harapan dapat menambah kekayaan.

Pada keesokan harinya semua 23 ketua kampung dipersilakan mengadap baginda sultan. Maka berdondon-dondonlah mereka ke istana. Selepas merapak sembah, memanda tua pun menghulurkan surat perisytiharan ketua-ketua kampung yang menyokong perlantikannya meneruskan tugas menteri kepada baginda sultan.

Selepas membaca surat berkenaan baginda sultan tersenyum sumbing. Lalu baginda bertanya pada hadirin, ``Ada sesiapa di antara kamu yang tidak menandantangani perisytiharan ini..?''

Mendengar titah baginda itu, ketua kampung dari Kampung Cok Kodok mula ketakutan. Terketar- ketar hampir terkencing dalam seluar. Dia sedar akan kesalahannya tertidur semasa orang lain mengadakan pertemuan dengan Tok Penghulu semalam.

``Matilah aku....'' fikir ketua kampung Cok Kodok.

Tetapi apabila melihat semua mata memandang padanya, ketua kampung Cok Kodokpun, mahu tidak mahu, terpaksa angkat tangan.

``Ampun tuanku... Patik mengaku salah tuanku. Semasa pacal-pacal yang hina dina tu menandatangani surat tu di depan tok penghulu, patik tertidur tuanku....'' terketar-ketar bunyi suara ketua kampung Cok Kodok.

Baginda sultan ketawa terbahak-bahak melihat telatah ketua kampung Cok Kodok. Lagi haru-birulah perasaan tok ketua tu. Manakala baginda sultan, selepas ketawanya reda, bagindapun bertitah;

``Oleh kerana kamu tidak menandatangani surat perisytiharan itu, beta lantik kamu jadi menteri di negeri beta. Yang lain-lain tu, semua tak boleh harap. Sebab mereka-mereka itu tak ada otak sendiri. Jadi pak turut memanda tua je.....''

Hadirin terkejut beruk. Memanda tua terkulai. Begitu juga 22 ketua kampung yang lain. Akan halnya ketua kampung Cok Kodok, tak dapat bercakap tiga minit. Bagaikan tak percaya apa yang didengarnya dari mulut baginda sultan.

Selepas dapat bernafas semula, ketua kampung Cok Kodokpun berikir, ``ada jugak untungnya terlebih tidur.... Macam Budin yang tidur sepanjang hari setiap Isnin...'' Wassalam.

Mar 23, 2008

BASIKAL TUA DAH NYANYOK


Basikal tua dan aku. Bukan asing lagi. Kami bersahabat sejak basikal tua tu belum tua lagi. Dia jadi tungganganku sejak zaman aku sekolah. Sampailah aku di usia remaja tapi belum bekerja. Sekarang aku masih ingat dia, walaupun dah takut nak tunggang.

Basikal tua tu dah banyak yang rosak. Rantainya selalu tercabut. Padel selalu terlucut. Rim bengkang bengkok. Basikal tua dah tak boleh angkut padi. Besi-besinya dah reput. Dan lebih banyak kali aku usung dia daripada naik dia.

Bukan aku menghina basikal tua. Semua yang muda mesti tua, meskipun injek botox atau apa saja. Aku cuma nak bagi tau. Basikal tua patut sandarkan saja kat tiang rumah. Atau jual kat orang beli besi buruk.

Basikal tua sama macam orang tua. Selalu nyanyok. Banyak makcik pakcik kita sekarang dah nyanyok. Dia lupa apa dia cakap. Dia tak ingat apa dia buat.

Dulu, semasa orang muda lawan raja, orang tua kata jangan lawan raja, nak... Tak baik... Kurang ajar namanye tu... Biadap. Hihiii (aku tergelak). Orang mudapun tak lawan. Akur saja perintah raja. Tapi sekarang orang tua pulak melawan raja. Tak mau akur perintah raja. Boikot, pulau..... Pelikkan perangai orang tua...? Tak biadap ke tu...? Dah nyanyok kot...?

Hai la Mat Said.... Dah nasib hang...Tu la, dulu lagi orang tua-tua dah ajaq jangan buaih sangat...

Dulu, orang tua kata jangan berhimpun ramai-ramai, jangan tunjuk perasaan, jangan protest... Bukan budaya kita.. Itu budaya monyet... Tapi sekarang orang tua pulak tunjuk perasaan.... Kumpul ramai-ramai, Protest... Adakah orang tua sekarang dah sanggup jadi monyet...? Dah nyanyok kot...?

Dulu orang tua ajak orang muda main lompat-lompat. Mai la lompat masuk rumah atuk... Ramailah orang muda melompat. Kononnya, kalau selalu melompat kesihatan akan lebih baik. Macam exercise lah tu... Tapi bila orang tua nak melompat ke rumah orang muda, ada pulak nak halang. Nak usul anti-lompat. Kononnya orang tua tak boleh lompat tinggi-tinggi. Takut gayat dan jatuh. Hihiiii (aku ketawa lagi). Dah nyanyok tu...

Aku sedih juga tengok perangai orang tua ni. Kalau orang muda kalah pilihanraya, dia kata jangan kecewa. Dalam pertandingan mesti ada menang-kalah, susah nak dapat yang seri... Tapi kalau dia kalah, melenting macam nak gila. Merampus... Monyok... Lari tungging terbalik... Itulah kakcik kita yang dah tua tapi belum perasan tua tu. Dah nyanyok tuuu...

Cukup kot....!!